Matlamat Tak Menghalalkan Cara

Monday, 16 May 2011

RAHSIA KEKUATAN DAN KELEMAHAN UMAT ISLAM DI TANGAN MUSUH

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendekiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka.

Oleh kerana cendekiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?
Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difahami.
Yang pertama :
Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada perzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman. Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan, senanglah mereka mengotak-ngatikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.
Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam. Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.

Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang, tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Di waktu itu orang Yahudi mengotak-ngatikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggungjawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.
Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengotak-ngatikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung. Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:
Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakkan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.
Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji. Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.
Kalau orang-orang agama pula m
ereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.
Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.
Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.
Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan

tips menjaga bateri laptop


Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat terbuka. Mesti leceh apabila di saat penting menggunakan laptop, bateri laptop habis.
Berikut saya kumpulkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk manjaga bateri laptop supaya tahan lama.
1.JANGAN gunakan laptop sambil meletakkan di peha. Bateri laptop akan cepat menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun.
3.JANGAN meletakkan laptop pada permukaan yang lembut. Kononnya pada sofa dan tilam dan sebagainya. Sebab permukaan seperti itu akan mengurangkan aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menimbulkan overheating.

4.JANGAN sampai berlaku ‘contact’ pada kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek yang dibuat dari metal seperti klip kertas,syiling nipis dan sebagainya.
5.JANGAN sampai bateri laptop termasuk laptop itu sendiri diberi tekanan yang berlebihan seperti terjatuh, terhempas, terhimpit atau terhempap oleh benda berat diatasnya. Contohnya dihempapkan dengan buku-buku yang berat. Perkara ini akan mengakibatkan sirkit di dalam bateri kemungkinan boleh berlaku hubungan arus pendek (shorting) yang kemudiannya akan mengakibatkan overheating.
6.JANGAN letakkan laptop di tempat yang sangat panas. Contohnya di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparking cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.
7.JANGAN sampai laptop ataupun bateri terkena air atau basah. Meskipun akan kering dan dapat berfungsi normal. Sirkit di dalam laptop ataupun bateri lama-kelamaan akan berkarat dan boleh juga menjejaskan keselamatan penggunanya.
8.JANGAN sampai anda tidak faham cara menggunakan bateri laptop. Menyimpan dan “mencharge” bateri dan laptop ada di dalam buku manual. Gunakan bateri laptop seperti anda ‘melayan’ bateri handphone.
9.JANGAN mencharge bateri terus menerus setelah bateri telah berisi ‘full’. Namun begitu dikatakan untuk laptop-laptop keluaran terkini sudah mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengatasinya.

untukmu...cikgu

Keranamu… Aku bisa menulis
Tangan yang dulunya kaku
Tulisan yang bercelaru
Mengeja pun aku tak tahu
Keranamu..
Ku kenal setiap abjad
Bermula dari A… B…dan C
Mengeja sukukata
Bertatih aku membaca
A… a
BA… Ba
CA… Ca..
Hingga bisa membina
Sebaris ayat…
Diajar nahu dan tatabahasa
Seperenggan karangan juga ku bisa
Keranamu…
Ku kenal angka
Bermula dengan 1… 2… dan 3…
Campur,tolak, bagi dan darab
Menghitung dalam ilmu hisab
Mencabar minda bila 
soalan tak bisa ku jawab
Keranamu…
Ku kenal huruf-huruf hijaiyah
Bermula dengan 
Alif Ba dan Ta
Bertadarus bila malam tiba
Mengisi dada dengan tiang ugama
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Guru…
Tiada hadiah dapat ku beri
Sebuah puisi pengganti diri
Semoga hidupmu dirahmati
Jasa dan baktimu diberkati
Panggilan ‘CIKGU’ adalah keramat
Akan dikenang sepanjang hayat…


SELAMAT HARI GURU....

sAbDa RasULLuLLaH s.a.w

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" manusia yang terutama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan dia memberi
manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."


makna kaya dengan diri sendiri adalah dengan muhasabah diri, dan sibuk dengan membaca,menghayati malah menghafal Al-quran... Al-quran adalah teman semasa sedih, teman semasa seorang diri didalam kubur nanti..

para pembaca atau penghafaz al-quran dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah SWT sepertimana disabdakan oleh Rasulullah saw dari Anas r.a bahawa rasulullah saw bersabda ;

"sesungguhnya Allah SAW mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia." lalu rasulullah ditanya ;" siapakah mereka itu wahai rasulullah ?" jawab baginda, " mereka ialah ahlul Quran (pembaca dan penhafaz Al-quran dan pengamalnya) mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi Allah." (riwayat Ahmad, ibnu/majah, Ad-Darimi/Al-hakim dan An-Nasrie)

beruntunglah orang-orang yang menghafal dan di biasakan menghafal quran sejak kecil lagi, sebab bila sudah tua otak sudah mulai susah untuk menghafal. walaupun begitu digalakkan mereka-mereka ini menghafal juga , mulailah dengan surah-surah pendek dan cuba ingat sedikit demi sedikit insyaAllah bila kita ingin belajar agama Allah pasti menolong kita.

lagi satu saya nasihat para dai'e yang selalu aktif berjihad kenelah aktif juga menghafal quran , nanti asyik sibuk berjalan berjihad tapi quran diabaikan , sume akan jadi kabur jika quran itu ditinggalkan di belakang. seeloknya Al-quran jalan seiring dengan makna jihad. barulah bermakna... nanti juga yang kerap datang majlis ilmu pun janganlah tinggalkan quran, jangan saja rajin menuntut ilmu, salin, tulis,dan mengiyakan . jadikan Al-quran itu panduan hidup... bacalah maknanya sekali agar lebih faham dan tertanam di hati.

riwayat ibnu majah & at- tarmizi " barangsiapa membaca al-quran dan menghafaznya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga..

imam Asy Syafie mengatakan " siapa belajar AL-QURAN besarlah harganya.siapa belajar feqah agung wawasannya. Atau siapa belajar Hadis, kuatlah hujahnya, siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya, siapa mempelajari yang pelik lembutlah wataknya. dan siapa tidak menahan nafsunya, akan tidak bermanfaat ilmunya".

yang baik itu datang dariNYA , yang kurang datang dari saya... sekian

Wednesday, 27 April 2011

Buat renungan bersama...

Renungilah kata2 madah ini, moga2 madah ini dapat mengingatkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;


1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."



3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."
4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"
5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa."


6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba." 




7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".




8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."


9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak."


10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa." 


11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka."
 

12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."


13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing."


14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai" 

15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah."


16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."


17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."
18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah."

19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat" 


20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan."

ya Allah....

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan ,Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan,Tuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat

Wednesday, 13 April 2011

tart telurku

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.